Kawasan Tarikan Pelancong Tenghilan

Sambah Cruise River

Sambah River Cruise adalah tarikan pelancong yang terletak di Tenghilan (daerah Tuaran). Lawatan ini dinamakan Sambah River Cruise yang berpusat di Kampung Sambah.[11] Pelancong dapat menikmati keindahan alam, makanan, keindahan matahari terbenam dan banyak lagi.

Bukit Ketam

Bukit Ketam adalah tempat pendakian yang terletak di Kampung Lapai, Tenghilan. Kawasan pemandangannya adalah indah dan dapat melihat pemandangan laut dari puncuk bukit tersebut. Jarak dari Kota Kinabalu ke Bukit Ketam Tenghilan adalah kira-kira 52 kilometer. Sementara itu, pekan Tenghilan ke Bukit Ketam Tenghilan adalah 3 kilometer.

Air Terjun Dondomon

Air Terjun Dondomon terletak di Kampung Rani dan merupakan tempat untuk tarikan pelancong dan hanya dengan perjalanan ke Kampung Kayangat, Tenghilan. Seterusnya, anda akan mendengar air mengalir dari jalan yang berdekatan dan menjejaki kayu utama ke tempat itu. Kabus dengan persekitaran semulajadi adalah tempat yang indah untuk para sahabat, pengunjung, dan rekreasi keluarga serta tempat untuk berkelah.

Bukit Merlin @ Bukit Morokoling

Bukit Merlin atau lebih dikenali sebagai Bukit Morokoling merupakan tempat aktiviti pendakian yang terletak di kampung Saradan, Tenghilan. Jarak untuk ke puncak Merlin mengikut jalan RISDA adalah sejauh 7 kilometer manakala jarak dari pekan Tenghilan ke bukit Merlin adalah 5 kilometer. Terdapat dua laluan yang digunakan untuk menuju ke puncak bukit Merlin iaitu laluan dari kawasan Doto dan Salu. Menurut pemandu pendakian, jika mengikut laluan dari kawasan ‘Doto’, banyak pemandangan cantik dapat dilihat dan jika pendaki memilih untuk mengikut jalan singkat yang bermula dari kawasan ‘Salu’, agak sukar menikmati pemandangan yang cantik. Dari puncak Bukit Merlin, keindahan laut dan pantai Lok Nunuk, kawasan Serusop dan Mengkabong dapat dilihat dengan jelas manakala di sebelah belakang pula boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Bukit Merlin dinamakan sempena sebuah kapal laut kepunyaan tentera British yang berlabuh di perairan Kampung Saradan ketika Perang Dunia Pertama yang diketuai kaptennya HM Merlin. kecantikan flora dan fauna di bukit Merlin turut menjadi tarikan kepada pelancong untuk melakukan aktiviti pendakian dan sesuai kepada mereka menggemari sukan lasak untuk melakukan latihan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Tenghilan http://ajinbgagah.blogspot.com/2014/01/banjir-menc... http://www.kampungmolisautenghilan.blogspot.com http://www.mysabah.com/wordpress/sunset-fireflies-... http://www.sabahtourism.com/activity/tamu-weekly-m... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/1... http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/6508d774... http://journalarticle.ukm.my/11946/1/14406-73982-1... http://tenghilan.wikimapia.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... https://anjunglarik.blogspot.com/2008/06/tenghilan...